Home arrow Blog arrow Topeng kini mampu milik
Advertisement
Topeng kini mampu milik PDF Print E-mail
Written by admin   
Thursday, 20 August 2009

PUTRAJAYA - Topeng penutup mulut dan hidung kini lebih mampu milik apabila ia diisytiharkan sebagai barang kawalan sementara dengan harga jualan dari serendah tujuh sen hingga RM6 mengikut kualiti.

 

 

Image
Contoh topeng
Image
Contoh topeng

Status barang kawalan serta penetapan harga itu berkuat kuasa serta-merta sehingga negara bebas daripada selesema babi atau H1N1.

 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan memantau jualan topeng bagi mengelak ada pihak menyimpan stok atau menaikkan harga sesuka hati.

"Dalam keadaan sekarang, ramai orang perlukan topeng ini dan pihak berkuasa akan memantau perkara ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

 

Menurutnya, kementerian boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Katanya, bagi syarikat yang ingkar pula boleh didenda tidak lebih daripada RM25,000.

Sementara itu, seramai 257 kes baru H1N1 dalam tempoh 24 jam semalam tetapi perkembangan positif ialah tiada kematian dilaporkan

Recommend this article...

Last Updated ( Thursday, 20 August 2009 )
 
< Prev   Next >

Download Teks Ucapan Bajet 2010

GigaCommunity Visitors

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday4
mod_vvisit_counterYesterday67
mod_vvisit_counterThis week328
mod_vvisit_counterThis month595
mod_vvisit_counterAll40533