Home
Advertisement
Berjuta gagal layari Google PDF Print E-mail
Written by SmartRabbit   
Saturday, 16 May 2009
WASHINGTON - Gergasi enjin carian Internet, Google memohon maaf kelmarin selepas masalah teknikal menyebabkan berjuta-juta orang tidak dapat menggunakan perkhidmatannya termasuk Mel Google dan Berita Google.
Gangguan sejam itu tidak terhad kepada pengguna Internet di Amerika Syarikat (AS) malah kebanyakan negara lain turut menghadapi masalah sama.

Perkhidmatan lain yang terjejas ialah Peta Google dan laman web perkongsian video, YouTube.

Pelbagai aduan dan komen orang ramai mengenai gangguan perkhidmatan syarikat yang menguasai lebih 60 peratus pasaran enjin carian di AS itu disiarkan di laman blog Twitter.

Di beberapa tempat, orang ramai tidak dapat menggunakan laman web Google manakala enjin carian itu amat perlahan di beberapa kawasan lain.

Kenyataan syarikat itu menyatakan gangguan berlaku apabila salah satu sistem Google mengalami masalah menyebabkan banyak laluan web dilencongkan ke laluan Asia sekali gus mencetuskan kesesakan.

"Kesannya, kira-kira 14 peratus pengguna kami mengalami perkhidmatan yang perlahan atau gangguan penuh," kata kenyataan Google.

"Selama ini, kami bekerja keras bagi memastikan perkhidmatan yang disediakan berjalan dengan pantas dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Gangguan seperti itu memalukan kami.

"Kami memohon maaf dan anda mendapat jaminan bahawa kami akan bekerja dengan lebih keras bagi memastikan masalah serupa tidak akan berlaku," tambahnya.

Syarikat enjin carian yang beribu pejabat di California, AS itu menyatakan, gangguan berlaku kira-kira pukul 9.48 malam waktu Malaysia dan berakhir sejam kemudian. - AFP

Recommend this article...

 

Download Teks Ucapan Bajet 2010

Polls

Do We Need To Allow Only JMB Manage All 'House/Room To let' jobs?
 
GigaCommunity difahamkan terdapat agen yang melarikan wang deposit bakal penyewa.
 

Partners

wonder bar
cheap and realiable hosting
gigacreative
GigaCreative - Enhance your special day...

Syndicate

GigaCommunity Visitors

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday32
mod_vvisit_counterYesterday50
mod_vvisit_counterThis week214
mod_vvisit_counterThis month481
mod_vvisit_counterAll40420